saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 15/10/2014

Polis rampas syabu RM2.8j di sebalik perniagaan katering

A. PARAMASIVAM menunjukkan alat-alat yang digunakan untuk memproses syabu dalam sebuah banglo dekat Taman Lim, Ipoh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, semalam.

IPOH 14 Okt. - Tiada siapa menyangka sebuah rumah banglo di Taman Lim di sini yang selama ini merupakan tempat operasi perniagaan katering rupanya turut dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu.

Perkara itu terbongkar apabila sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak membuat serbuan di premis berkenaan pada Ahad lalu, hasil maklumat orang awam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pihak polis turut merampas hampir 33 kilogram syabu yang dianggarkan bernilai hampir RM2.8 juta mengikut harga pasaran.

Jumlah syabu berkenaan juga boleh dibekalkan kepada 32,000 penagih.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, ketika serbuan dibuat, tiada sesiapa di banglo berkenaan.

Berikutan itu katanya, satu lagi serbuan dilakukan di lokasi sama dua jam kemudian dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun disyaki pemilik syarikat katering berkenaan.

Ujar beliau, pihaknya kemudian melakukan satu lagi serbuan di Taman Lim sekitar pukul 4.30 petang dan berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun yang dipercayai pekerja kepada pemilik syarikat katering berkenaan.

"Hasil siasatan polis mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing yang dilakukan terhadap mereka juga menunjukkan hasil negatif.

"Siasatan awal mendapati, suspek menggunakan banglo yang disewanya itu untuk perniagaan katering tetapi pada masa sama turut menjalankan kegiatan memproses syabu sejak enam bulan lalu," katanya dalam sidang akhbar di IPK Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Paramasivam memberitahu, pihak polis telah menyita harta-harta suspek berjumlah RM35,200 yang meliputi sebuah van, dua buah motosikal, wang tunai dan barangan kemas mengikut Seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Perlucuthakan Harta) 1988.

"Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 yang sekiranya disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. Kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut sehingga Ahad ini," ujar beliau.

Dalam pada itu, menurut Paramasivam, pihak polis masih lagi menyiasat lokasi dadah berkenaan diedar atau dijual.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.