saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 16/10/2014

14 termasuk 3 suspek utama ditahan

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Usaha polis bagi menyekat rakyat negara ini menyertai kumpulan militan di Syria terus diperhebat apabila 14 individu termasuk tiga suspek yang merupakan penggerak utama kumpulan itu ditahan dalam satu operasi khas di Shah Alam dan Damansara dekat sini sejak kelmarin hingga hari ini.

Salah seorang daripada penggerak utama tersebut merupakan seorang jurutera yang memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Penggerak utama kumpulan ini berperanan merekrut, membiayai serta mengatur perjalanan rakyat Malaysia untuk pergi ke negara bergolak terbabit,

Selain itu, dalam operasi yang dilakukan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman tersebut, pasukan berkenaan turut menahan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Klang, Selangor yang turut dipercayai terlibat dalam kumpulan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita yang berusia antara 14 dan 48 tahun serta bekerja sebagai peniaga, kru acara, tukang masak, pereka grafik, suri rumah dan jurutera.

Beliau berkata, siasatan awal mendedahkan peranan yang dilakukan tiga penggerak utama tersebut antaranya seorang suspek berusia 37 tahun bertindak sebagai pengendali Facebook yang mempromosi, merekrut dan memuat naik propaganda kumpulan Negara Islam (IS) bagi mempengaruhi rakyat Malaysia berjihad di Syria.

"Seorang suspek berusia 34 tahun pula yang pernah menyertai IS di Syria dan pulang ke negara ini pada 8 April lalu berperanan memberi panduan, galakan dan berkongsi pengalaman.

"Manakala seorang lagi yang berusia 37 tahun dan merupakan jurutera di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Tenaga Hijau dan Air dipercayai membiayai perbelanjaan individu yang direkrut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Khalid, jurutera terbabit juga dipercayai mempunyai hubungan dengan tiga lagi suspek yang terlibat dengan aktiviti keganasan iaitu Dr. Mahmud Ahmad, Mohd. Najib Hussien dan Mohd. Joraimee yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di selatan Filipina.

Ujar beliau, lima daripada suspek terdiri daripada sebuah keluarga yang dipercayai merancang untuk berlepas ke Syria dan penggeledahan di rumah mereka menemukan buku-buku jihad dan aktiviti militan.

Tambahnya lagi, kesemua yang ditangkap disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan mengikut Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sementara itu, pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, Khalid berkata, pihaknya juga telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya menutup beberapa laman web dan Facebook yang didakwa merekrut pejuang bersenjata di Syria.

"Saya mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan ajakan jihad kumpulan bersenjata ini.

"Kalau nak berjihad tak perlu ke Syria. Di sini juga boleh berjihad juga bantu polis banteras jenayah. Itu jihad juga," tegasnya.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Khalid menyampaikan sijil penghargaan kepada 35 anggota polis atas kecekapan menjalankan tugas secara integriti dan menolak rasuah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.