saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 16/10/2014

Petrol, diesel RM1.6j dirampas

Iskandar Halim Sulaiman (kiri) menunjukkan tangki simpanan petrol dan diesel yang dirampas ketika sidang akhbar di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam. - UTUSAN/Safrizal Azmi

KUBANG PASU 15 Okt. - Empat sindiket penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi ke Thailand tumpas dalam satu operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam.

Dalam serbuan yang bermula kira-kira pukul 8 pagi itu, KPDNKK berjaya merampas 48,650 liter petrol dan 790 liter diesel bernilai kira-kira RM1.6 juta di empat lokasi berasingan di Durian Burung dekat sini dan Wang Kelian, Perlis.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan) KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas, Jabatan Peguam Negara itu juga menahan tujuh lelaki warga Thailand dan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes penyeludupan bahan bakar tersebut.

Dalam masa sama, pihaknya juga merampas dua lori, tiga van, lapan kenderaan pacuan empat roda, 16 kereta, 15 skid tank dan 14 pam yang digunakan untuk menyedut minyak.

"Modus operandi sindiket ini ialah membeli diesel dan petrol di stesen minyak menggunakan kenderaan diubah suai.

"Ia kemudian dikumpul di kawasan stor haram seterusnya dijual kepada warga Thailand," katanya kepada pemberita di stor KPDNKK Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Menurutnya, lokasi stor haram tersebut juga terletak berhampiran dengan kawasan sempadan bagi memudahkan kerja-kerja menyeludup petrol dan diesel.

"Sebagai contoh, stor haram di Durian Burung terletak kira-kira lima kilometer dari sempadan dan sebuah stor di Wang Kelian, Perlis pula hanya satu kilometer dari sempadan.

"Penyeludup petrol dan diesel ini akan memulakan kerja-kerja membawa minyak ini kira-kira pukul 8 pagi dan mereka akan menyeludup ke Thailand sebaik sahaja pintu sempadan di buka.

"Kegiatan ini sukar dikesan kerana kenderaan mereka telah diubah suai dan tangki-tangki minyak tambahan diletakkan dalam keadaan tersorok," jelasnya.

Tambah Iskandar Halim, sindiket penyeludupan minyak diesel dan petrol itu juga dipercayai saling bekerjasama antara satu sama lain dalam menjalankan kegiatan mereka.

"Harga minyak petrol dan diesel negara ini yang murah berbanding Thailand menjadikan permintaan minyak negara ini tinggi di sana dan upah yang diambil oleh penyeludup minyak tersebut adalah kira-kira 50 sen bagi satu liter," katanya.

Sementara itu, Iskandar Halim memberitahu, pada 30 September lalu dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Pulau Pinang, pihaknya telah merampas 1,300 liter petrol, 81,520 liter diesel dan 16,926 kilogram gas petroleum cecair (LPG) yang kesemuanya bernilai kira-kira RM1 juta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:34
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.