saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 16/10/2014

Pengawal parah diserang tiga lelaki

MELAKA 15 Okt. - Seorang pengawal keselamatan cedera parah selepas dipukul tiga penyamun di sebuah institut memandu dekat Kandang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Omar berusia dalam lingkungan 60-an cedera selepas dipukul di bahagian kepala dengan sebatang kayu selain kaki dan tangannya diikat oleh penyamun berkenaan.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek masuk ke dalam kawasan institut memandu tersebut melalui pintu pagar depan.

"Ketiga-tiga suspek juga dikatakan turut menunggu mangsa sehingga selesai makan sebelum menyerangnya.

"Selepas memukul pengawal keselamatan berkenaan, penyamun kemudian memecah masuk kedai koperasi dan pejabat sebelum melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM1,000," kata sumber itu.

Menurutnya, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut yang kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaik Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, polis masih memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan ketika merompak.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.