saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 16/10/2014

4 maut kereta bertembung lori

Anggota bomba dan penyelamat serta polis menuntup salah seorang mangsa dalam kejadian kemalangan maut di Jalan Sibu-Tanjung Manis, Sibu, Sarawak, semalam.

SIBU 15 Okt. - Dua wanita dan dua kanak-kanak maut selepas kereta Honda Accord yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sibu-Tanjung Manis di sini hari ini.

Tiga lagi yang turut menaiki kereta tersebut iaitu dua lelaki dan seorang wanita cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Sibu. Pemandu dan kelindan lori pula cedera.

Mangsa yang maut ialah Diana Lopo, 20-an; Lin Jin Jin, 18; Lidya Lopo, 12; dan Alister Hii Ko Sii, 4,

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Azman Hanapis, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.48 petang dan terus mengerahkan sembilan anggota ke tempat kejadian.

Katanya, mereka tiba di tempat kejadian pada pukul 5.13 petang dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Honda Accord yang bertembung dengan lori tiga tan.

"Empat mangsa yang menaiki kereta disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, lima mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd. Kamal Kordi mengesahkan kejadian itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.