saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 16/10/2014

Gerai Uptown Shah Alam terbakar

Noh Omar (kanan) mendengar rintihan para peniaga Uptown Shah Alam setelah gerai mereka di Seksyen 24 hangus terbakar dalam kejadian pagi semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 15 Okt. - Hari ini merupakan suatu tragedi kepada 136 peniaga Uptown Shah Alam di Seksyen 24 di sini apabila hilang mata pencarian selepas gerai mereka musnah dijilat api awal pagi ini.

Ketika kejadian, kebanyakan peniaga belum pulang sebaliknya baru menutup gerai namun mereka tidak sempat berbuat apa-apa kerana api begitu marak dan merebak pantas sehingga menyebabkan kerugian yang dianggarkan RM19.37 juta.

Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu bermula dari bahagian belakang premis yang juga dikenali sebagai Kompleks Muhibah dan memusnahkan 187 daripada 442 gerai bersama barangan jualan.

Seorang peniaga pakaian yang mahu dikenali sebagai Sharifudin, 29, berkata, dia yang kebetulan masih berada di kawasan pekarangan UpTown Shah Alam ketika kejadian mendengar jeritan orang ramai.

Menurutnya, dia cuba menyelamatkan barangannya tetapi tidak sempat dan hanya mampu berlari menyelamatkan diri sehelai sepinggang.

Dia yang menyewa tujuh lot kedai terpaksa menanggung kerugian lebih RM500,000 kerana kebetulan baharu menerima stok.

"Saya sendiri tidak tahu nak kata apa. Sedih sangat mengenangkan apa yang berlaku.

"Ini kejadian pertama menimpa kami peniaga di sini terutama saya yang baharu tujuh tahun memulakan perniagaan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga, Kamaruzaman Maarif, 49, yang mempunyai tiga lot kedai menjual pakaian memberitahu, dia amat terkejut sebaik dimaklumkan mengenai kejadian oleh rakannya.

"Saya pulang awal kerana selalunya pada hari-hari biasa tidak ramai pengunjung. Semasa kejadian, saya baru sampai di rumah di Meru, Klang lalu bergegas ke sini dan sebaik tiba saya lihat api menjulang tinggi," jelasnya.

Dia kini bingung memikirkan nasibnya yang terpaksa menyara keluarga termasuk 11 orang anak.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Amer Haizal Sahak menjelaskan, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira pukul 2.57 pagi dengan jentera pertama tiba kira-kira enam minit kemudian.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.32 pagi.

"Siasatan awal mendapati punca kebakaran mungkin akibat masalah elektrik atau litar pintas," jelasnya.

Antara pemimpin yang dilihat hadir meninjau kawasan tragedi dan bertemu para peniaga ialah Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zuhur 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.