saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 17/10/2014

Tiada jaminan keselamatan jika kapal masuk perairan Filipina - Polis

JALALUDDIN Abdul Rahman (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri antara Saiman Kasran (kiri) dan Md. Razif Alang Mat Jaya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 16 Okt. - Tiada sebarang jaminan keselamatan diberikan pasukan polis ke atas mana-mana kapal mahupun bot nelayan asing yang memasuki perairan Filipina.

Demikian ditegaskan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika merujuk kepada insiden serangan yang berlaku ke atas kapal nelayan warga Vietnam di perairan Filipina pagi kelmarin.

Menurut beliau, pihaknya mengesahkan kapal nelayan terbabit memasuki perairan Filipina berdasarkan buku log dan sistem penentu kedudukan global (GPS).

"Tujuan mereka memasuki kawasan itu (perairan Filipina) masih dalam siasatan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Pertukaran jawatan itu melibatkan Deputi Supritendan Md. Razif Alang Mat Jaya yang dilantik sebagai Ketua JSJK yang baharu menggantikan Supritendan Saiman Kasran yang akan berpindah menjadi pensyarah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur.

Selasa lalu, dua daripada 10 nelayan warga Vietnam cedera ditembak kumpulan perompak Filipina di Pulau Kagayan, Filipina, kira-kira pukul 9 pagi.

Ekoran serangan itu, kapal nelayan terbabit bertindak melarikan diri dengan memasuki perairan negara berhampiran Pulau Banggi, Kudat.

Jalaluddin memberitahu, hasil siasatan mendapati kesemua nelayan Vietnam itu merupakan pekerja kepada sebuah syarikat perikanan di negeri ini.

Ujar beliau, pihaknya turut menjalankan siasatan tentang identiti sebenar kumpulan bersenjata yang menyerang kapal nelayan itu.

"Siasatan tentang identiti mereka masih kabur. Kita akan merujuk kepada pihak keselamatan Filipina. Surat akan dihantar ke Polis Antarabangsa (Interpol) di sana bagi menceritakan keadaan sebenar," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis komited dan memfokuskan kepada bahagian utara negeri ini bagi mengelak sebarang kemasukan penjenayah rentas sempadan dari Filipina.

Jelasnya, pasukan keselamatan telah merancang untuk menggerakkan aset mereka termasuk dari Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.