saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 17/10/2014

Militan IS: Lagi sogokan melalui agama

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulangi amaran kepada pihak tertentu yang dikenal pasti agar tidak menghasut orang ramai khususnya pelajar menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) kononnya untuk berjihad demi agama, bangsa dan negara.

Khalid menegaskan, siasatan pihaknya mendapati ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghasut golongan pelajar untuk melakukan jihad dengan menyertai IS.

"Malah pelajar tidak kira institusi pengajian mana, fikirkan secara rasional dan bukannya dengan emosi. Jihad lain masih banyak jika mereka ingin lakukan selain menyertai kumpulan bersenjata.

"Fikirkanlah tentang keselamatan nyawa, keluarga dan pengajian. Jika mahu sangat berjihad, mari bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu menjaga keamanan negara. Ini juga dikira jihad kerana membantu negara agar terus berada dalam keadaan aman," katanya dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Polis Bantuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Semalam, polis menahan 14 individu yang dipercayai dalam persiapan untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS), di Shah Alam.

Tambah Khalid, golongan pelajar mudah dihasut memandangkan pada usia sebegitu jiwa mereka bersemangat hendak melakukan sesuatu apatah lagi jika ia disogokkan dengan isu agama sebagai salah satu cara menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

"Semalam kita sudah menahan seorang pegawai tertinggi kerajaan kerana melakukan hasutan ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, polis ada kesemua senarai mereka yang terlibat. Jika berdegil, kita akan tangkap.

"Ingat, kes melibatkan militan ini adalah antara pemantauan dan dalam kawalan teratas pihak PDRM. Kita tidak berdiam diri malah polis sentiasa sedia untuk melakukan tindakan ke atas mereka yang dipantau tidak kira siapa latar belakang mereka sama ada pegawai tertinggi ataupun pensyarah" katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.