saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 17/10/2014

Penjual burger cedera ditembak di kaki

RAJA Shahrom Raja Abdullah (empat dari kiri) menyiasat lokasi kejadian cubaan samun yang turut menyebabkan seorang penjual burger cedera di kaki apabila terkena tembakan oleh penjenayah terbabit ketika cuba membantu pemilik kedai runcit di Taman Bukit Tembakau Indah di Umbai, Melaka, semalam. - UTUSAN/Azli Ahad

JASIN 16 Okt. - Kerana sikap prihatinnya ingin membantu orang yang dalam kesusahan, seorang penjual burger di sini, cuba menyelamatkan seorang pemilik sebuah kedai runcit daripada menjadi mangsa samun.

Kejadian berlaku di Taman Bukit Tembakau Indai, Umbai dekat sini pukul 8.15 malam tadi, ketika lelaki berusia 30 tahun itu sedang menjual burger bersama anak tirinya berusia 13 tahun.

Tibatiba dia terdengar jeritan meminta tolong dari dalam sebuah kedai runcit yang terletak berdekatan.

Dia kemudian melihat seorang lelaki bergegas keluar menuju ke arah rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal lalu mengambil sebatang kayu dan mengejar keduadua suspek.

Malangnya salah seorang daripadanya mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak mangsa yang mengenai buku lali kanannya.

Berikutan tembakan tersebut, mangsa rebah di hadapan kedai itu. Keduadua suspek yang dipercayai bertopeng seterusnya melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, semasa kejadian, mangsa tidak mengetahui penjenayah terbabit bersenjatakan pistol.

"Keduadua suspek gagal melarikan barang berharga setelah panik kerana peniaga berusia 50 tahun itu menjerit meminta tolong dan menyembur racun serangga ke arah mereka. Suspek bagaimanapun sempat mengetuk wanita terbabit menggunakan sepucuk pistol sehingga cedera di bahagian telinga kiri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Raja Shahrom berkata, siasatan di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kelongsong peluru.

"Kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai runcit itu pula tidak merakamkan kejadian yang berlaku di dalam kedai," katanya dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Anak tiri mangsa, Muhammad Aiman Azizi ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia bersama bapanya itu sedang memasak burger sebelum melihat sebuah motosikal Yamaha 125Z dinaiki dua lelaki berhenti di depan kedai runcit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.