saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 17/10/2014

Penjenayah mati ditembak

SHAH ALAM 16 Okt. - Seorang suspek yang mempunyai 17 rekod jenayah lampau mati ditembak oleh polis setelah melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan keselamatan itu di Jalan Persiaran Panglima Hitam, Seksyen 25 di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sedang melakukan Op Cantas di Taman Sentosa, Klang sebelum mengesan sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihak polis menghampiri kereta tersebut untuk pemeriksaan namun pemandunya berusia 30 tahun itu bertindak memecut.

"Pihak polis mengekori suspek sejauh kira-kira 10 kilometer sebelum kereta itu cuba merempuh kenderaan polis tetapi terbabas. Suspek kemudian melepaskan dua das tembakan ke arah polis.

"Berikutan itu, polis membalas tembakan dan mengenai kepala suspek yang kemudian mati di lokasi kejadian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Mohd. Adnan, hasil siasatan mendapati kenderaan yang dipandu suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu yang didaftarkan ke atas sebuah motosikal selain dilaporkan hilang di Bandar Sunway, Subang Jaya.

"Polis turut merampas sebuah kereta, sepucuk pistol, beberapa butir dan kelongsong peluru, sarung tangan, topeng muka, parang dan plat pendaftaran kereta," katanya dan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.