JENAYAH
ARKIB : 17/10/2014
Suspek lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak
BUKIT MERTAJAM 16 Okt. - Seorang lelaki dipercayai anggota kongsi gelap ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pekerja kilang yang cedera parah akibat ditembak di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Butterworth, 8 Oktober lalu.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan di Butterworth, kelmarin, bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pihaknya sedang mengesan beberapa lagi anggota kumpulan kongsi gelap itu.
"Setakat ini, mangsa yang cedera kini dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya. Polis telah merekodkan keterangan daripada mangsa bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 35 tahun yang mempunyai tiga rekod jenayah samun dan bunuh, cedera parah akibat ditembak, yang dipercayai berpunca daripada dendam antara dua kumpulan kongsi gelap.
Sementara itu, Mazlan memberitahu, polis sedang mengesan empat lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan kes kematian seorang warganegara tersebut yang ditikam dan dikelar di kaki lima kedai di Taman Impian Ria, Machang Bubuk di sini, tengah malam kelmarin.
Katanya, siasatan polis percaya empat lelaki berkenaan berusia 30-an bertanggungjawab menyerang dan memukul mangsa, Htoo Aung, 30, hingga mati.
Sementara itu, Mazlan berkata, pihaknya akan memberikan maklumat kepada Polis Antarabangsa (Interpol) Bukit Aman untuk membantu mengesan kesemua empat lelaki berkenaan.
"Sebanyak 41 kes bunuh berlaku di negeri ini bermula Januari lalu sehingga setakat ini dan daripada jumlah itu 26 adalah membabitkan warga asing. Sebanyak 16 kes bunuh itu pula melibatkan warga Myanmar," ujarnya.
Gambar 2 suspek lempar bom dikesan
Pemandu teksi ada rekod jenayah samun penumpang
Kes bogel: Polis buka kertas siasatan
Bom Bukit Bintang: Polis peroleh imej suspek utama
Polis tahan lima individu
Tiada jaminan keselamatan jika kapal masuk perairan Filipina - Polis
Rekrut 'berjihad' satu ancaman
Militan IS: Lagi sogokan melalui agama
Penjual burger cedera ditembak di kaki
Penjenayah mati ditembak
Suspek lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak
Bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di surau
Letupan bom tangan: Polis tahan lebih empat individu bantu siasatan
14 termasuk 3 suspek utama ditahan
Petrol, diesel RM1.6j dirampas
Pengawal parah diserang tiga lelaki
4 maut kereta bertembung lori
Motif lelaki ditembak masih disiasat
18,054 individu ditahan dalam Op Cantas Khas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












