saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 18/10/2014

Pemandu teksi ada rekod jenayah samun penumpang

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Anda boleh bayangkan betapa ngerinya apabila seorang lelaki yang mempunyai rekod kes bunuh, dadah dan empat kali dibuang daerah menjadi pemandu teksi di ibu negara.

Kejadian ini benar-benar berlaku dan rekod peribadinya terbongkar setelah penjenayah yang baru berumur 27 tahun ini menyamun enam penumpang teksi, kebanyakannya pelancong asing.

Polis yang menubuhkan pasukan khas untuk memberkas suspek setelah menerima enam laporan kegiatan jenayah pemandu teksi itu berjaya mencekupnya semasa dia sedang mencari penumpang di Jalan Thamby Pillay di sini, Sabtu lalu kira-kira pukul 3.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azlee Abdullah berkata, pihaknya segera menubuhkan pasukan khas selepas menerima tiga aduan kes samun yang sama di daerah ini selain tiga lagi di kawasan lain,

"Suspek merosakkan nombor plat kenderaannya bagi mengelakkan dicatat oleh mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Azlee, polis merampas dua komputer riba, telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai, jam tangan, kamera, pisau, gunting, dompet serta pelbagai resit jualan telefon dan surat pajak gadai dalam teksi suspek.

Katanya, suspek juga memiliki dua rekod jenayah membabitkan kes bunuh dan berkaitan dadah selain empat rekod buang daerah.

"Kita mendapati teksi yang dipandu suspek milik bapa saudaranya dan dia tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.