saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 18/10/2014

Kes bogel: Polis buka kertas siasatan

TELOK KEMANG 17 Okt. - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes empat wanita dipercayai pelancong asing yang berjemur dalam keadaan separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4 dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baharudin Mustapha berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 294 (A) Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

"Kita sedang mengenal pasti identiti dan kewarganegaraan kesemua mereka. Pada masa yang sama kita juga akan memanggil beberapa orang saksi bagi melengkapkan siasatan berhubung kes ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 petang semalam, kesemua wanita berkenaan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30an berjemur dalam keadaan separuh bogel iaitu tanpa memakai coli di atas tikar dalam cuaca panas di pantai berkenaan.

Kelakuan kesemua wanita berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengunjung pantai berkenaan.

Ekoran itu, seorang Pegawai Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) membuat laporan polis di Balai Polis Port Dickson dekat sini kirakira pukul 8.30 malam tadi.

Jelas Baharudin, buat masa ini usaha mengesan kesemua wanita berkenaan masih lagi dijalankan dan pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar melaporkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Yang Dipertua MPPD, Datuk Ab Khalid Mat berkata, pihaknya turut kesal dengan kejadian berkenaan dan memandang serius perkara itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.