saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 18/10/2014

Warga Indonesia maut dalam pergaduhan dengan rakan senegara

KUANTAN 18 Okt. - Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah rumah kongsi dekat KPTM 5 Jalan Kuantan-Gambang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pekerja buruh binaan itu yang dikenali sebagai Sairah, 39, didatangi sekumpulan lelaki juga dipercayai warganegara Indonesia dengan menaiki empat kenderaan pada pukul 8 malam.

“Dalam pergaduhan itu dipercayai mangsa diserang dengan tukul di lehernya mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri. Melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak itu kesemua suspek melarikan diri," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan mati 20 minit kemudian.

Kata Abdul Aziz, pada masa yang sama rakan mangsa kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:33
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.