saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 04/05/2012

Dasar Perumahan Rakyat Johor

Rashid A. Rahman (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai model kawasan perumahan Austin Heights sambil diperhatikan oleh Wong Kuen Kong (kiri) pada majlis perasmian MAPEX 2012 di Persada, Johor Bahru, semalam. - utusan/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 3 Mei - Kerajaan negeri memperkenalkan Dasar Perumahan Rakyat Johor 2012 bagi memastikan syarikat pemaju lebih menumpukan kepada pembinaan rumah mampu milik berbanding kos rendah berkuat kuasa 1 April lalu.

Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Perumahan Johor), Rashid A. Rahman berkata, dengan dasar baru itu semua pemaju hartanah perlu mematuhi syarat 40 peratus kriteria pembinaan perumahan jenis itu terutama di kawasan Iskandar Malaysia.

Menurutnya, sebelum ini pemaju perlu membina 20 peratus rumah kos rendah bernilai RM35,000, lapan peratus masing-masing kos sederhana rendah (RM50,000) dan kos sederhana (RM80,000) dan kedai kos sederhana bernilai RM150,000 (empat peratus).

Mengikut dasar baru itu katanya, pemaju perlu membina 20 peratus rumah mampu milik bertanah (rumah teres dan berlaman) bernilai antara RM120,000 hingga RM150,000 membabitkan keluasan 1,000 kaki persegi.

"Selain itu, 10 peratus bagi perumahan komuniti bertanah atau strata bernilai RM80,000, lima peratus perumahan komuniti jenis strata bernilai RM42,000 dan lima peratus kedai kos sederhana bernilai RM200,000.

"Ia bertujuan menyediakan perumahan yang selesa, kondusif dan mampu milik bagi rakyat Johor terutama di Iskandar Malaysia," katanya selepas merasmikan Ekspo Harta Malaysia (Mapex) 2012 Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Mapex 2012 negeri, K.K. Wong dan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) negeri, Simon Heng Kwang Hock.

Rashid berkata, pada masa ini, sebanyak 650 unit rumah bertanah bernilai antara RM120,000 hingga RM150,000 telah dibina pihak pemaju dan hingga kini seramai 3,000 orang telah memohon untuk mendapatkan kediaman itu.

Beliau berkata, permohonan untuk mendapatkan rumah tersebut terbuka kepada warganegara Malaysia dan 50 peratus adalah dibuka untuk orang awam manakala selebihnya untuk kuota kerajaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.