saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 05/07/2012

Sedenak, Kulaijaya jadi hab EMS

JOHOR BAHRU 4 Julai - Sedenak dan Kulaijaya bakal menempatkan hab Perkhidmatan Pengeluaran Elektronik (EMS) utama di rantau ini dengan kerajaan negeri kini berusaha menarik lebih banyak syarikat berkaitan ke kawasan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kawasan seluas 720 hektar di dua kawasan itu didapati sesuai untuk pembangunan EMS, sekali gus akan membawa masuk nilai pengetahuan tinggi dalam penyelidikan serta pembangunan kepada penduduk setempat.

"Ia dijangka mampu menjana ekonomi Johor, sekali gus boleh mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Setakat ini, terdapat 30 kilang pengeluaran elektrik dan elektronik beroperasi di negeri ini dengan 51,000 pekerja," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Industri antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kerajaan negeri, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Sementara itu, Mukhriz berkata, Johor mempunyai kelayakan untuk menjadi hab EMS yang berjaya kerana mempunyai semua faktor dan formulasi yang menepati sasaran tersebut.

"Sejak 2007 hingga April tahun ini, sebanyak 929 projek perkilangan bernilai RM41.489 bilion diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia di Johor yang mewujudkan 102,994 peluang pekerjaan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.