saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 26/07/2012

Lebih 500 penduduk kurang mampu terima bantuan RM80 sebulan

MUAR 25 Julai - Lebih 500 penduduk kurang berkemampuan dalam kawasan Parlimen Bakri dan Muar bakal menjadi penerima pertama bantuan RM80 sebulan bagi membeli-belah di pasar raya terpilih menerusi Program MyKasih yang akan dilaksanakan mulai bulan ini.

Menerusi program itu, mereka yang dipilih boleh berbelanja sebanyak RM80 dalam tempoh empat minggu di Pasaraya Econsave di sini dan hanya perlu menunjukkan kad pengenalan untuk proses pembayaran dengan kerjasama sebuah syarikat swasta di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan, Chris Lee Ching Yong berkata, syarikat terlibat akan menyumbang kira-kira RM1,040 kepada setiap keluarga selama setahun menerusi sistem MyKasih yang baru diperkenalkan itu.

"Permohonan sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri bagi kelulusan dan waktu yang diambil dijangka seminggu lagi. Mereka yang terpilih akan kita daftarkan dan hanya perlu menunjukkan kad pengenalan untuk membeli barang.

''Jika lebih RM80, mereka perlu membayarnya sendiri. Mereka juga bebas membeli barangan keperluan mengikut cita rasa masing-masing dalam jumlah yang ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan beras kepada lebih 100 penerima di sini baru-baru ini.

Ching Yong yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Johor berkata, ketika ini sebanyak 500 keluarga kurang berkemampuan disasarkan bagi menerima bantuan tersebut dan proses penilaian akan dibuat sendiri oleh pihaknya selepas permohonan dikemukakan menerusi JPMM Bentayan.

Menurutnya, penerima bantuan perlu mengemukakan permohonan baru selepas setahun dan pihaknya akan memilih keluarga yang benar-benar kurang berkemampuan dan dia yakin kerjasama sebegitu akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:54
Zohor 1:16
Asar 4:39
Maghrib 7:12
Isyak 8:27



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.