saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 29/08/2012

Cipta Jalur Gemilang, logo 1Malaysia guna CD dan botol

Guru dan murid gembira selepas berjaya menyiapkan Jalur Gemilang gergasi dan logo 1Malaysia menggunakan kepingan cakera padat dan botol plastik di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 3, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 28 Ogos - Guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permas Jaya 3 mencipta sejarah tersendiri apabila menyiapkan sebuah bendera gergasi dan logo 1Malaysia yang diperbuat daripada 2,361 kepingan cakera padat (CD) dan 829 botol plastik.

Guru Besar sekolah tersebut, Nordin Mohd. Saodi berkata, hasil kerjasama guru, murid dan ibu bapa, pihaknya mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan Jalur Gemilang tersebut.

"Guru dan murid komited menyiapkan bendera ini di samping mendapat kerjasama ibu bapa yang datang selepas waktu sekolah untuk menyiapkan Jalur Gemilang ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Penitia Pendidikan Seni, Sri Gauri berkata, guru bertanggungjawab mencadangkan idea itu semasa beliau sedang minum bersama rakan setugas.

"Sebaik saja saya memegang botol air mineral, terus timbul idea untuk menggabungkan CD dan botol mineral bagi membuat bendera Jalur Gemilang, bendera negeri Johor dan logo 1Malaysia," katanya.

Menurutnya, setiap murid menyumbang sekeping CD terpakai dan satu botol minuman yang berukuran 500 mililiter.

Kepingan CD tersebut kemudian diikat pada setiap lubang kawat dan akhir sekali kerja semburan dilakukan bagi mengecat warna Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor, manakala di tengahnya diletakkan 829 plastik botol mineral yang dijadikan logo 1Malaysia.

"Dengan adanya bendera ini, guru dan murid dapat memupuk semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan Ke-55 pada 31 Ogos ini," katanya.

Ini merupakan tahun keempat SK Permas 3 membuat bendera gergasi daripada bahan terbuang bermula 2009 dengan menghasilkan Jalur Gemilang daripada tempurung kelapa, membuat logo 1Malaysia menggunakan tempurung kelapa (2010) dan tahun lalu membuat Jalur Gemilang dengan menggunakan kepingan CD sebanyak 4,032 keping.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.