saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 02/09/2012

Legoland bakal bawa rezeki

JOHOR BAHRU 1 Sept. — Pembukaan Legoland Malaysia, taman tema baharu di Iskandar Malaysia yang dijadual pada September ini, sememangnya dinanti-nantikan semua pihak di negeri ini termasuk usahawan kecil.

Bendahari Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar Johor Baharu (Gapet) Hadi Mohamed berkata, pembukaan taman tema itu akan memberi rezeki tambahan kepada mereka.

"Ramai dalam kalangan penumpang, terutama dari Singapura kerap bertanya tentang pembukaan taman ini dan dan kami sendiri pengusaha teksi, kereta sewa dan kereta ekslusif tidak sabar menunggu untuk taman tema itu dibuka secara rasmi pada 22 September nanti," katanya kepada Bernama, di sini.

Taman tema itu dibangunkan oleh Theme Attractions and Resorts, sayap operasi dan pengurusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di atas kawasan seluas 31 hektar di Medini North.

Legoland Malaysia yang bertempat di Nusajaya itu merupakan yang keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.