saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 26/09/2012

Mahasiswa UPSI tabur bakti di kampung Orang Asli

Penuntut UPSI meluangkan masa bersama murid-murid Orang Asli dalam Program Pengintegrasian Pendidikan Bersama Masyarakat Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang, Kota Tinggi, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 25 Sept. - Aspek pendidikan sentiasa menjadi perhatian banyak pihak dan pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan sebenar.

Sebagai usaha menabur bakti kepada anak bangsa khususnya masyarakat negeri ini, Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa Anak-anak Johor (Major) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak baru-baru ini menganjurkan Program Pengintegrasian Pendidikan Bersama Masyarakat Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang di sini.

Seramai 40 orang termasuk 19 urus setia terdiri daripada mahasiswa UPSI khususnya anak-anak negeri Johor mengambil bahagian dalam program yang melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kampung Orang Asli Pasir Intan dan Kampung Orang Asli Kempas Menang.

Program tiga hari tersebut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk ujian personaliti, motivasi, mentor mentee, hias sekolah, latihan dalam kumpulan serta acara riadah dan ia dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Pengarah program, Muhammad Faisal Samsudin memberitahu, program berkenaan bertujuan mewujudkan barisan pelapis generasi muda yang dapat melahirkan insan berguna kepada agama, bangsa dan negara pada masa depan.

Menurutnya, program itu juga dapat mendedahkan mahasiswa mengenai pengurusan sesuatu program serta merupakan salah satu langkah dan usaha mahasiswa memperkenalkan UPSI sebagai institusi pendidikan yang terulung dan cemerlang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.