saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 02/11/2012

PPNJ mahu hasilkan minyak masak

JOHOR BAHRU 1 Nov. - Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) berhasrat mengeluarkan minyak masak sawit jenama sendiri dalam tempoh setahun dari sekarang.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Datuk Saipolbahari Suib berkata, pihaknya berjaya menghasilkan bahan mentah sebagai langkah untuk merealisasikan impian tersebut dan berharap ia mampu dilaksanakan.

"Misi saya sebagai pemimpin baru PPNJ adalah untuk mengorak langkah dengan lebih proaktif melangkaui sempadan negeri ini termasuk usaha memasarkan produk keluaran sendiri yang setanding dengan produk berjenama ke seluruh Semenanjung dan Borneo (Sabah dan Sarawak).

"Bukan itu sahaja, PPNJ juga menyasarkan untuk menembusi pasaran global dengan merangka strategi pemasaran yang lebih dinamik," katanya selepas majlis makan tengah hari dan penyerahan tugas Ahli Jemaah PPNJ di Stulang Laut di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Aziz Kaprawi dan bekas Pengerusi PPNJ, Mohd. Yusof Md. Salleh.

Tambah Saipolbahari, PPNJ juga akan memanfaatkan segala peluang yang ada dalam negeri ini seiring dengan kepesatan pembangunan yang dinikmati hari ini.

Katanya, kewujudan Iskandar Malaysia diyakini memberi impak kepada kesemua 18,000 ahli pertubuhan itu apabila sebuah kompleks bersepadu akan didirikan di atas tanah milik PPNJ di kawasan projek pembangunan mega tersebut.

"Pembangunan kompleks di kawasan itu nanti akan meliputi sebuah hab yang menjadi pusat pemasaran produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang diusahakan oleh ahli PPNJ.

"Bukan itu sahaja, ia juga akan menjadi pusat yang menyediakan kursus latihan kemahiran tertentu berkaitan usahawan tani, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan," katanya lagi.

Selain itu beliau berkata, PPNJ juga berhasrat untuk menjadikan pusat itu sebagai salah satu destinasi 'wajib kunjung' oleh pelancong luar dan domestik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.