saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 03/11/2012

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat menang Seni Jawi Nusantara

MANSOR Abdullah (dua dari kiri) menyerahkan replika hadiah penyertaan tertinggi bagi Pertandingan Seni Jawi Nusantara kepada Mariatul Kaptiah Mohd. Kassim di SMKA Segamat, Johor, kelmarin. Turut hadir Luqman Haziq Abdullah.

SEGAMAT 2 Nov. - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat memenangi kategori penyertaan sekolah tertinggi dalam Pertandingan Seni Jawi Nusantara yang diadakan selama tiga bulan baru-baru ini.

SMKA merupakan salah sebuah daripada empat sekolah yang memenangi kategori tersebut setelah menghantar 2,222 skrip pantun ditulis oleh semua pelajar menerusi Kelab Seni Khat sekolah berkenaan dalam tulisan khat jawi.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Angkatan Koperasi Malaysia (Angkasa), Mansor Abdullah kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMKA Segamat, Mariatul Kaptiah Mohd. Kassim sambil disaksikan Ketua Biro Utusan Malaysia Johor, Luqman Haziq Abdullah.

Pertandingan itu dianjurkan Utusan Melayu (M) Berhad dan Angkasa yang diadakan seluruh negara mulai Februari hingga April lalu melalui akhbar Utusan Melayu Mingguan.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKA Segamat, Mohd. Ishak Idris berkata, pertandingan tersebut dapat menyuburkan minat dan cinta terhadap tulisan jawi yang kini semakin dilupakan khususnya oleh generasi muda.

"Diharap dengan penyertaan tertinggi ini akan dapat meningkatkan semangat untuk mencapai kejayaan lebih baik pada masa depan. Ini secara tidak langsung akan memberi motivasi pada pelajar SMKA Segamat.

"Kita melihat usaha dilakukan sebagai satu perkembangan positif dan ini merupakan kemenangan kali kedua bagi pihak sekolah setelah memenanginya buat kali pertama semasa pertandingan yang sama pada 2010," katanya.

Beliau berharap semua pelajar sekolah tersebut akan terus berusaha pada masa akan datang dan melihat pertandingan itu sebagai satu peluang untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam tulisan jawi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.