saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 30/11/2012

SK Kompleks UDA terima dua anugerah kecemerlangan UPSR

Sebahagian daripada 32 murid Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA yang mendapat 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Johor Bahru baru baru ini.

JOHOR BAHRU 29 Nov. - Kesungguhan warga sekolah, murid dan ibu bapa membuahkan hasil apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks UDA berjaya menggondol dua anugerah semasa keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan baru-baru ini.

Guru Besarnya, Thalasawati Mohd. Ajib berkata, anugerah tersebut ialah Anugerah Sekolah Cemerlang dengan mencapai unjuran melebihi sasaran (ETR) dengan mendapat 82.9 peratus berbanding 82 peratus pada tahun lalu.

Sekolah tersebut itu menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Integrasi Calon Pendidikan Khas dengan 1.91 peratus, menerusi calon Muhammad Nur Azam Azlan, 13, yang mendapat 3B 2C.

Kesemua anugerah itu disampaikan oleh Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor A. Ghani pada Majlis Pengumuman Keputusan UPSR peringkat negeri di Jabatan Pelajaran di sini baru-baru ini.

Tambah Thalasawati, antara rahsia kejayaan meningkatnya jumlah calon UPSAR yang mendapat 5A adalah komitmen tinggi oleh para murid sendiri dengan sokongan guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diterajui Yang Dipertuanya, Hasni Ahmad.

"Selain kelas tuisyen, kita turut mengadakan program kebitaraan selama tiga hari dua malam yang diadakan di sebuah hotel, yang mana program itu banyak membantu dan membakar semangat kepada murid-murid tersebut untuk mencapai kecemerlangan.

"Kita juga tidak lupa mengadakan aktiviti mengisi kerohanian mereka dengan mengadakan solat hajat, membaca surah Yasin setiap Jumaat dan program motivasi, yang dirancang mengikut jadual yang ditetapkan, " katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Katanya, pada tahun ini seramai 163 calon SK Kompleks UDA menduduki UPSR dan daripada jumlah itu seramai 32 orang mendapat 5A berbanding tahun lalu 27 calon mendapat 5A.

Sementara itu Aslinda Balqis Amirul, 12, diumumkan Tokoh Murid sekolah tersebut berikutan kejayaannya menguasai akademik, kokurikulum dan ko-akademik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.