saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 15/12/2012

Syarat 40 peratus rumah kos rendah, sederhana

NUSAJAYA 14 Dis. - Johor merupakan satu-satunya negeri yang mensyaratkan pembinaan 40 peratus rumah kos rendah dan sederhana rendah bagi sesebuah projek perumahan baru.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, bagaimanapun syarat itu ditetapkan kepada projek pembangunan baru di atas tanah berkeluasan sekurang-kurangnya dua hektar dan ke atas.

Beliau berkata, pembinaan rumah itu bertujuan mengimbangi permintaan harga rumah berharga tinggi dalam pasaran, seterusnya mengurangkan kenaikan harga hartanah bagi rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Sebagai contoh di Petaling Jaya dan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di Selangor, kita dapat melihat tiada sebarang rumah kos rendah dan sederhana rendah di kawasan itu.

“Sekiranya ada kawasan seperti Petaling Jaya dan TTDI di sini, rumah kos rendah dan sederhana rendah perlu dibina kerana ia adalah syarat yang perlu dipatuhi," katanya semasa menggulung perbahasan usul Bajet Johor 2013 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini semalam.

Abdul Ghani berkata, kerajaan juga terus mengawal dasar pemilikan oleh warga asing bagi memastikan ia lebih relevan dengan kenaikan harga hartanah di negeri ini, namun pada masa sama memberi kelonggaran di kawasan-kawasan tertentu misalnya di Medini dan Puteri Harbour bagi menarik projek pemangkin yang menyumbang kepada ekonomi negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga memberi keutamaan terhadap pembinaan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dan pada peringkat permulaan, projek PR1MA bakal dibangunkan di Nusajaya dengan 201 unit rumah teres yang akan dijual pada harga RM199,000 yang dijangka siap pada November tahun depan.

“Lebih banyak tapak akan dikenal pasti di Iskandar Malaysia untuk projek PR1MA yang dilihat akan melengkapkan komponen perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan tiada sebarang aktiviti pencerobohan berlaku di Hutan Simpan Air Hitam, Muar hingga menyebabkan kawasan sekitarnya sering dilanda banjir.

Menurutnya, hutan berkenaan telah diwartakan sebagai Hutan Taman Negeri Paya Gambut pada 25 Jun 2008 dan berfungsi sebagai hutan kawalan banjir.

“Hutan seluas 3,795.84 hektar itu diurus dan dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan serta diwartakan mengikut Seksyen 10(1)(l) Hutan Taman Negeri, Enakmen Perhutanan Negara 1985.

‘‘Aktiviti pembalakan atau penerokaan secara haram adalah ditegah sama sekali, malahan tiada sebarang pembangunan infrastruktur di kawasan itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.