saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 16/12/2012

Penuntut Instedt kunjungi Karnival Segaria

PENUNTUT Institut Teknologi Sains Darul Takzim (Instedt) mengunjungi Karnival Segaria di Dataran Bandar Penawar, Kota Tinggi, semalam. - MINGGUAN/NASIRRUDDIN YAZID

KOTA TINGGI 15 Dis. - Karnival Segaria anjuran Syarikat pengiklanan, Fresh AD bukan sekadar berjaya menarik kunjungan masyarakat setempat, namun berjaya 'menggamit' ratusan penuntut Institut Teknologi Sains Darul Takzim (Instedt) di sini.

Disifatkan sebagai karnival yang penuh dengan informasi, rata-rata penuntut yang ditemui Mingguan Malaysia hari ini cukup teruja untuk menjelajah ke segenap ruang pameran dan kedai jualan.

Seorang penuntut Instedt, Nurfitri Malinda Herman, 18, berkata, karnival itu sebagai wadah untuk menghilangkan tekanan setelah penat menelaah pembelajaran sepanjang.

"Karnival ini bagus kerana saya dan kawan-kawan boleh hilangkan tekanan dengan membeli-belah dan menyaksikan pelbagai aktiviti yang disediakan seperti konsert dan pameran kesihatan," kata penuntut semester dua Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang itu.

Rakannya, Norhafiza Sulaiman, 18, pula menyifatkan karnival tersebut dapat mengeratkan hubungan penuntut dengan masyarakat setempat selain mengaplikasikan pelbagai teori kendiri dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan mereka.

"Biarpun penuntut Instedt tidak terlibat secara langsung dalam karnival ini, sekurang-kurangnya kami dapat melihat realiti alam perniagaan dan cabaran para peniaga menggunakan kemahiran memujuk pelanggan untuk membeli produk jualan mereka," katanya.

Bagi Noridayu Wahyuni Zulkifli, 18, yang juga penuntut sementer dua Diploma Pengurusan Perhotelan, karnival itu bukan sekadar memberin tumpuan kepada pameran dan jualan, tetapi turut menyediakan ruangan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

"Bukan sekadar 'cuci mata' tetapi dapat kumpul banyak maklumat mengenai pelbagai perkara termasuk penjagaan kesihatan menerusi pengambilan pelbagai jenis makanan tambahan dan produk kesihatan yang lain," katanya.

Karnival selama tiga hari yang bermula semalam itu bertujuan memberi galakan kepada para usahawan khususnya dalam bidang pendidikan, perniagaan aksesori komputer dan perniagaan dalam talian, kesihatan dan kecantikan serta industri kecil dan sederhana (IKS) untuk memperkenal serta memasarkan produk mereka.

Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang penganjuran karnival itu termasuk kursus asas grafik, pertandingan bola sepak jalanan, karaoke, memancing, program berbasikal dan persembahan artis jemputan.

Malam semalam turut berlangsung program 'Tanyalah Ustaz' sebagai pengisian kepada orang ramai yang mempunyai sebarang persoalan berkaitan agama atau kehidupan seharian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:33
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.