JOHOR
ARKIB : 06/02/2013
Usah terburu-buru jadi calon PRU

PONTIAN 5 Feb. - Golongan mahasiswa tidak perlu tergesa-gesa menceburi bidang politik dengan menawarkan diri bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) walaupun pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membenarkan mereka berbuat demikian.
Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO, Syahrin Md. Jamaludin berkata, mahasiswa perlu mengambil kira kemampuan diri kerana kebanyakan masa perlu diperuntukkan dalam bidang pengajian berbanding menjadi ahli politik sepenuh masa.
"Mereka masih berpeluang melibatkan diri menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu mematangkan diri kelak. Mahasiswa tidak perlu terburu-buru menjadi wakil rakyat kerana peluang itu terbuka luas pada masa depan.
"Kita bimbang sekiranya mereka menjadi calon akan menjejaskan tumpuan dalam bidang pengajian yang boleh menyebabkan ibu bapa mereka kecewa," katanya.
Beliau ditemui pemberita dalam program Kayuhan Amal Anak Merdeka anjuran Kelab IPT BN Zon Selatan di Stadium Mini Pontian, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Nasrihat Turiman.
Program kayuhan melibatkan penyertaan kira-kira 150 penuntut itu anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Johor dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Syahrin berkata, walaupun terdapat kira-kira 200,000 mahasiswa layak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang namun mahasiswa yang menjadi calon wakil rakyat belum tentu berjaya menarik minat golongan berkenaan.
"Namun menerusi NGO yang ditubuhkan di IPT, mahasiswa boleh mendalami lebih dekat soal pilihan raya dan memahami hala tuju sebenar kepimpinan negara daripada terikut-ikut rentak pihak tertentu.
"Saya harap golongan mahasiswa tidak mudah diperalatkan pihak tertentu menjelang pilihan raya umum kerana tumpuan mereka sepatutnya adalah membangunkan diri menerusi pengajian, bukannya untuk menjadi 'Yang Berhormat'," katanya.
Berbasikal jelajah kampung
RM860,000 naik taraf Tanjung Ketapang
20 peratus warga emas berisiko hidap penyakit kronik
Ibadah korban eratkan ukhuwah
Bantu golongan berpendapatan rendah
500 pekerja asing berhutang RM200,000
Periksa papan iklan jejantas, bangunan
Perhebatkan golongan usahawan
Premis hiburan tanpa lesen di Plaza Kota Tinggi diserbu
Dataran Penggaram bakal dinaik taraf
Sungai Jeram 'terima' 3,000 anak ikan siakap
Pusat Persuratan Melayu Nusantara
Bajet 2015: Beri faedah besar kepada rakyat
Amalan kebersihan bermula di rumah
IPD Kulaijaya tubuh Unit Kereta Peronda Wanita
Waspada ancaman Islam liberal
Tarif air naik sedarkan pengguna supaya berjimat
Empat strategi perangi denggi
Bank Rakyat sumbang van jenazah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












