saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 27/03/2013

Blok baru SJKC Sungai Karas dibina semula

CHUA Tee Yong (tengah) melihat pelan bangunan baru dua tingkat SJKC Sungai Karas, di Labis, Johor, baru-baru ini.

LABIS 26 Mac - Kira-kira RM1.2 juta diperlukan untuk membina satu blok bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Karas di sini, bagi memberi keselesaan kepada hampir 140 pelajar di sekolah tersebut mengikuti pembelajaran selepas kerja pembinaannya tertangguh sebelum ini.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, kerja pembinaan bangunan dua tingkat menempatkan 12 buah bilik darjah dengan tingkat bawah boleh diubah menjadi dewan itu akan dimulakan hujung tahun ini.

"Pembinaan bangunan baharu bagi menggantikan blok lama yang hanya memuatkan enam kelas itu telah dimulakan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana bangunan baharu tersebut dirancang untuk dibina di atas tapak bangunan lama sedia ada kerana kekurangan kawasan dan memerlukan kerja perobohan bangunan lama.

"Jika kerja pembinaan dijalankan sekarang akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran dan pembinaan bangunan baharu terpaksa ditangguhkan sehingga musim cuti bermula pada akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke sekolah tersebut di sini baru-baru ini.

Menurut Tee Yong, Kementerian Pelajaran meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 dan MCA sebanyak RM300,000 manakala selebihnya merupakan tanggungjawab sosial korporat Iris Corporation Berhad selaku kontraktor pembinaan.

Beliau berharap penjelasan mengenai bangunan baharu tersebut dapat menjawab persoalan ibu bapa tentang punca kerja pembinaan yang tertunda walaupun dimaklumkan telah dimulakan hujung tahun lalu.

"Saya harap kerja pembinaan akan berjalan dengan lancar dan bangunan tersebut dapat disiapkan mengikut jadual yang dirancang agar tidak menganggu pembelajaran murid.

"Bangunan baharu serba lengkap ini juga diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada murid serta guru bagi meningkatkan prestasi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.