saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 31/08/2013

Pemuda UMNO Chaah Bandar edar 1,000 Jalur Gemilang

PESERTA Kembara Merdeka bersama pelajar dan warga SMK Chaah bergambar sambil mengibarkan Jalur Gemilang di pekarangan SMK Chaah, Labis, semalam.

LABIS 30 Ogos - Sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 esok, Pemuda UMNO Cawangan Chaah Bandar mengedarkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah, semalam di bawah program Kembara Merdeka.

Ketuanya, Mohd. Shah Shukoree Abu, 32, berkata, program itu bertujuan menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat terutamanya pelajar untuk mengingati Hari Kemerdekaan dengan bersama-sama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah dan kediaman mereka.

“Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang yang diedarkan itu adalah sebagai simbolik dan sokongan Pemuda UMNO Cawangan Chaah Bandar kepada Kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang diperkenalkan oleh kerajaan.

“Kami memilih SMK Chaah kerana sedar semangat kemerdekaan dan patriotisme ini harus dipupuk bermula di peringkat sekolah," katanya selepas berkonvoi menggunakan motosikal bagi mengedarkan Jalur Gemilang berkenaan.

Konvoi tersebut mendapat kerjasama daripada persatuan motosikal berkuasa tinggi, Botak Bikers yang disertai lebih 40 penunggang dan melalui jalan utama di Chaah sebelum berhenti dan mengagihkan kesemua bendera tersebut kepada para pelajar SMK Chaah.

Mohd. Shah turut mengajak rakyat, khususnya di negeri ini supaya mengingati pentingnya kemerdekaan bagi setiap lapisan masyarakat.

“Ini kerana kita perlu menjaga keamanan agar tidak berlaku pergolakan seperti negara luar. Keharmonian dan keamanan penting bagi negara dan kita patut bersyukur dengan keadaan ini," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Chaah, Maimon K. Mohamed berbesar hati menerima kunjungan rombongan tersebut dan memuji langkah itu untuk menunjukkan semangat kesetiaan kepada negara dan berharap program berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Program sebegini bukan sahaja dapat memupuk semangat sayangkan negara dan cintakan kemerdekaan dalam kalangan pelajar, sebaliknya kepada seluruh warga sekolah ini termasuk guru dan ibu bapa.

“Ini satu tambahan aktiviti untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan negara kita yang pastinya akan disambut meriah dan bermakna di sini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.