saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 23/10/2013

Murid-murid SK Bandar Mas belajar kenal komputer, buat pizza

SEBAHAGIAN murid SK Bandar Mas menyertai kursus pembuatan pizza mini anjuran Kolej Komuniti Bandar Penawar di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 22 Okt. - Seramai 87 murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Mas menyertai kursus pendek pengenalan komputer dan pembuatan pizza mini selama dua hari anjuran Kolej Komuniti Bandar Penawar, dekat sini baru-baru ini.

Menurut Pengarah kolej berkenaan, Sahalani Basar, kursus pengenalan komputer itu mendedahkan mereka tentang perkakasan dan perisian komputer, pengenalan internet dan kaedah mencari maklumat menerusi internet.

Bagi kursus pembuatan pizza mini pula memberi peluang kepada peserta menghasilkan pizza bersama rakan-rakan mereka.

"Tujuan utama program tersebut adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada semua murid mempelajari sesuatu perkara baharu dan melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan asas tentang dunia komputer dan teknik memasak selain mengisi masa terluang.

"Sebenarnya, pelbagai kursus pendek ditawarkan Kolej Komuniti Bandar Penawar yang relevan dengan keperluan masyarakat untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti hidup masyarakat," katanya.

Menurutnya, kursus boleh diadakan di premis kolej atau di luar premis mengikut kesesuaian dan peserta yang terlibat pada waktu pejabat atau luar waktu pejabat seperti Sabtu dan Ahad dengan bayaran antara RM5 hingga RM20 seorang.

"Syarat kemasukan adalah warganegara Malaysia dan tempoh pengajian biasanya dari sehari hingga enam bulan bergantung kepada modul yang disediakan," katanya.

Sementara itu, guru pengiring sekolah berkenaan, Nor Azizah A. Rahman berkata, pihak sekolah sudah menjalinkan hubungan baik dengan Kolej Komuniti Bandar Penawar selama tiga tahun.

"Bukan sahaja murid-murid, malah guru-guru pun selalu memohon kursus pendek dengan pihak Kolej Komuniti Bandar Penawar dan hingga kini kursus yang dipohon tidak pernah ditolak.

"Selain itu, yuran kursus yang murah dan pengangkutan disediakan oleh pihak kolej memudahkan peserta. Apa yang perlu dilakukan adalah mengikuti kursus yang disediakan dengan penuh perhatian," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.