saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 25/12/2013

Lima penuntut Ph.D UTM terima Biasiswa Ainuddin Wahid

LIMA penerima Biasiswa Ainuddin Wahid, dari kiri; Mohd. Nizam Mazenan, Gan Hon Seng, Sharanjit Kaur, Ain Nadia Mazlan dan Nor Arlina Ahmad Ghani gembira bersama sijil biasiswa masing-masing.

JOHOR BAHRU 24 Dis. - Lima penuntut ijazah doktor falsafah (Ph.D) terpilih menjadi kumpulan pertama menerima Biasiswa Ainuddin Wahid bernilai RM1.7 juta dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Naib Canselornya, Prof. Dr. Ir. Wahid Omar berkata, biasiswa berprestij itu melayakkan mereka menerima pembiayaan berjumlah RM342,000 dan berpeluang mengikuti penempatan penyelidikan selama enam bulan di universiti ternama seperti Oxford, Cambridge, Imperial College dan Harvard.

"Tabung Biasiswa Ainuddin Wahid telah dilancarkan pada 27 September 2011 dengan dana sebanyak RM10 juta dan akan disalurkan secara berperingkat-peringkat selama lima tahun.

"Kita berharap penerima akan menyambung kecemerlangan Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid yang merupakan Naib Canselor UTM pertama yang telah banyak menyumbang jasa untuk pembangunan universiti ini ke arah kecemerlangan," katanya selepas majlis penyampaian biasiswa itu, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir lima penerima biasiswa terbabit, Ain Nadia Mazlan dari Fakulti Kejuruteraan Awam, Nor Arlina Ahmad Ghani, Mohd. Nizam Mazenan dan Gan Hon Seng dari Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan serta Sharanjit Kaur dari Fakulti Komputeran.

Wahid berkata, selain ditawarkan penempatan ke luar negara, penerima juga ditawarkan insentif penerbitan, pengkomersialan, pembangunan modal insan dan pembiayaan pendidikan.

"Kita menerima sebanyak 25 permohonan, namun pemohon perlu menjalani beberapa sesi saringan sebelum dipanggil menjalani ujian personaliti dan sesi temu bual.

"Pada peringkat temu bual, seramai sembilan penuntut dipanggil bagaimanapun hanya lima berjaya dipilih.

"Penganugerahan ini juga diharap menjadi titik tolak kepada penjanaan kecemerlangan akademik terutamanya dalam aspek penyelidikan selaras hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi," katanya.

Sementara itu, Ain Nadia, 25, mengakui bertuah kerana terpilih menjadi salah seorang penerima biasiswa berkenaan berikutan saingan sengit daripada pemohon lain.

"Ketika dipanggil untuk sesi temu bual dan ujian personaliti, saya lihat kesemuanya hebat-hebat belaka kerana masing-masing bukan sahaja mempunyai pencapaian akademik cemerlang, malah pernah menerbitkan penyelidikan mereka.

"Bagaimanapun, semasa sesi temu bual, saya tidak nafikan begitu berkeyakinan semasa menjawab soalan diajukan malah perasaan gementar juga hilang," katanya yang sedang menyiapkan penyelidikan berkaitan kesan bunyi terhadap buruh pembinaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.