saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 30/12/2013

Instedt rancang bina kampus baharu

SYAZA Syazwana Nyaspan (kiri) dan Junaifie Afikin Jamaluddin menunjukkan plak anugerah mereka pada Konvokesyen ke-8 Instedt di Persada, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU 29 Dis. - Sebagai persediaan untuk mencapai status kolej universiti pada tahun depan, Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instedt) merancang membina sebuah kampus baharu di Bandar Penawar, Kota Tinggi tidak lama lagi.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Shahrul Azila Mohd. Salleh berkata, hingga kini perancangan membina kampus yang lengkap dengan asrama itu masih dalam permohonan kebenaran untuk merancang.

Beliau berkata, kampus yang turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan itu dirancang dibina di atas tanah seluas 20 hektar melibatkan beberapa fasa dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Kita masih dalam proses memohon untuk kebenaran merancang dan kita harap impian ini akan tercapai selaras dengan sasaran untuk mendapat status kolej universiti tahun depan.

"Kampus baharu itu dijangka dapat menampung kira-kira 5,000 penuntut dan membuka lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk belajar," katanya selepas majlis konvokesyen Instedt ke-8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Seramai 488 graduan yang menerima diploma masing-masing terdiri daripada penuntut jurusan Diploma Kejururawatan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pelancong dan Diploma Teknologi Maklumat.

Pada majlis berkenaan, Junaifie Rafieyana Afikin Jamaluddin, 21, graduan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat menerima Anugerah Khas Pengerusi Eksekutif manakala pemegang Diploma Kejururawatan, Syaza Syazwana Nyaspan, 24, menerima Anugerah Pengerusi Eksekutif.

Instedt berjaya berkembang menjadi salah sebuah kumpulan pendidikan tinggi swasta milik bumiputera yang terbesar di Johor sejak penubuhannya pada 1997 dan kini menawarkan 13 kursus.

Shahrul Azila berkata, bagi memenuhi pasaran kerja di negara ini, Instedt mengorak langkah dengan menawarkan kursus baharu iaitu Diploma Kesetiausahaan Sains Kesihatan yang dirangka meliputi pelbagai aspek bagi membolehkannya relevan dengan persekitaran.

"Pengambilan pertama kursus berkenaan telah dilakukan pada Jun lalu dengan kemasukan 50 penuntut. Mereka akan mengikuti kursus itu selama tiga tahun termasuk menjalani latihan amali," katanya.

Beliau memberitahu, semua kursus yang ditawarkan menekankan program akademik bersifat hibrid, setaraf dengan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang turut mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selain relevan dengan permintaan pasaran kerja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.