saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 08/03/2014

SMKA Maahad yakin diiktiraf SBT tahun ini

Norazmi Ihsan (barisan kedua, empat dari kiri) bersama guru dan para pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan PMR 2013 dalam Mesyuarat Agung PIBG SMKA Maahad Muar, Johor, baru-baru ini.

MUAR 7 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar yang saban tahun melahirkan pelajar cemerlang menyasar untuk mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tahun ini.

Pengetua SMKA Maahad Muar, Omar Salleh yakin mendapat status itu bersandarkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang terutamanya tahun lalu.

"Saya amat yakin tercapai, pencapaian dan kejayaan gemilang selama ini adalah usaha bersama ibu bapa yang sanggup menyumbangkan masa, wang ringgit dan sebagainya bagi memastikan kejayaan anak-anak.

"Pihak sekolah juga percaya, muafakat dan kerjasama yang berterusan antara sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dapat membantu merealisasikan hasrat melahirkan ulama intelek dan intelek ulama, seiring matlamat dan visi Kementerian Pelajaran," katanya semasa Mesyuarat Agung PIBG Ke-33, Pelancaran Program Misykatul Maahad SPM, Program Hafiz Muda Kohort 3 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR di Dewan Sekolah tersebut, di sini baru-baru ini.

Seramai 98 pelajar sekolah berke­naan yang mendapat keputusan cemerlang 9A dalam PMR 2013 menerima penghargaan daripada PIBG sekolah tersebut.

Mereka menerima sijil penghargaan dan wang tunai yang disambpaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Langkawi Out Post, Norazmi Ihsan yang juga bekas pelajar sekolah itu (1983-87).

Omar berkata, semangat kerjasama dan komitmen yang baik daripada PIBG membolehkan sekolah itu mendapat anugerah sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 2011, manakala 2012 pula dianugerahkan dengan ‘New Deal’.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Dr. Khairul Azmi Mohamed berbangga dengan keputusan PMR dan menyatakan kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama serta sokongan semua pihak khususnya ibu bapa dan guru.

Beliau berkata, PIBG sentiasa mengharapkan kerjasama ibu bapa yang mempunyai pelbagai kepakaran tampil memberikan sumbangan berterusan untuk kejayaan dan kecemerlangan pelajar serta sekolah.

Norazmi turut melahirkan kebanggaan dengan pencapaian pelajar sekolah itu dalam bidang kokurikulum dan akademik dengan kerjasama PIBG yang melaksanakan program-program kecemerlangan pelajar.

Menurutnya, program Hafiz Muda yang dicetuskan pihak pentadbiran sekolah bermula dari tingkatan satu dapat melahirkan pelajar yang hafaz al-Quran sepenuhnya apabila mereka tamat persekolahan kelak.

Norazmi turut memberikan sumbangan RM15,000 untuk program Hafiz Muda Kohort 3 bagi merealisasikan hasrat melahirkan pelajar hafaz al-Quran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.