saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 11/06/2014

PIS bangunkan jenama Poly Agro

JOHOR BAHRU 10 Jun - Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) berjaya membangunkan ladang penanaman cili secara fertigasi dengan jenama sendiri iaitu Poly Agro di Kulaijaya.

Pengurus projek, Yusof Ya 'cob berkata, projek tersebut adalah salah satu program yang dibangunkan oleh unit keusahawanan dalam usaha melahirkan penuntut yang mampu mewarnai bidang keusahawanan suatu hari nanti.

"Projek yang mendapat sokongan penuh daripada pengurusan PIS ini menelan belanja melebihi RM50,000 yang merangkumi penyediaan tapak, pembinaan rumah dan sistem paip.

"Setelah mencapai tempoh matang iaitu kira-kira 80 hari selepas ditanam, ladang ini berupaya menghasilkan sehingga 40 kilogram cili sehari," katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Projek cili fertigasi tersebut dibangunkan dengan mendapat kerjasama daripada syarikat pertanian, JM Peladang yang berpangkalan di Terengganu.

Yusof berkata, projek tersebut secara tidak langsung memberi peluang kepada penuntut PIS untuk mendekatkan diri dalam bidang keusahawanan khususnya melibatkan pertanian.

Sementara itu, Ketua Unit Keusahawanan PIS, Aina Haslinda Anuar berkata, Poly Agro bukan hanya tertumpu kepada projek-projek berasaskan pertanian, malah turut disertai oleh penuntut jurusan hotel dan katering yang telah menghasilkan beberapa jenis produk makanan melalui projek Poly Cuisine.

"Penuntut jurusan kejuruteraan juga dapat mempelajari pelbagai teknologi berkaitan industri pertanian," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.