saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 01/10/2014

RM4 juta atasi masalah air

ZAITON Ismail melawat sawah padi yang bermasalah sistem pengairan di Parit Yusof, Muar, kelmarin.

MUAR 30 Sept. - Kira-kira RM4 juta diperlukan untuk mengatasi masalah bekalan air di 283 hektar sawah padi di Sungai Balang di sini yang sebelum ini menjejaskan produtiviti dan menyebabkan petani kerugian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail berkata, peruntukan itu diperlukan untuk membina sistem pengairan baharu dengan membuat saluran air dari empangan Sungai Sarang Buaya ke kawasan sawah.

"Masalah ketiadaan sumber air ini boleh diatasi dengan membina saluran baharu dari Sungai Sarang Buaya yang hanya jaraknya satu kilometer dari sawah dengan kuantiti dan kualiti airnya yang terjamin.

"Sistem pengairan sedia ada di sawah Sungai Balang ketika ini yang diperoleh sumber airnya dari Parit Subari tidak mencukupi terutamanya pada musim kemarau," katanya dalam Program Ramah Mesra Bersama-sama Pesawah di Parit Yusof di sini semalam.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Muar, Muji Salimon; Pengerusi Perladangan Berkelompok Sawah Sungai Balang, Osman Zainal dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Muar, Ramlah Ismail.

Zaiton berkata, antara masalah lain akibat ketiadaan air itu yang menjejaskan 93 pesawah Sungai Balang yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Muar telah mengakibatkan masalah padi angin.

Menurutnya, benih padi yang digunakan seperti CLL 220, MR269 dan MR258 tidak bermasalah sekiranya kawasan sawah dialiri air dengan sempurna dan jika sebaliknya, masalah padi angin menyerang serta merosakkan padi.

Selain sistem pengairan, masalah lain seperti ketiadaan kilang untuk memproses padi di Sungai Balang akan cuba diatasi segera, katanya sambil memberitahu ketika ini pesawah terpaksa membawa hasil mereka ke Ledang untuk diproses.

Menurutnya kebanyakan pesawah di Sungai Balang menanam padi secara sambilan dan lebih separuh daripadanya adalah generasi muda manakala hasilnya pula dijual di Jalan Salleh dan Sungai Rambai, Melaka.

"Selain itu, kita juga mahu berbincang untuk menjadikan kawasan sawah di sini sebagai ekopelancongan. Sebagai permulaan, kita akan bawa pelancong yang menginap di inap desa Parit Bugis ke kawasan sawah untuk menikmati pemandangan dan keindahan alam semula jadinya selain cara-cara menanam dan menuai padi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.