saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 05/10/2014

Manfaat buat 60,000 penduduk

PONTIAN 4 Okt. - Setelah tertangguh kira-kira tiga tahun, pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 (KK3) Pekan Nanas di sini akhirnya bermula dan bakal memberi manafaat kepada kira-kira 60,000 ribu penduduk di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng berkata, klinik reka bentuk baharu itu dibina dengan kos RM21 juta di mana dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun, lengkap dengan pebagai kemudahan.

“Klinik tersebut mampu menampung jumlah pesakit luar antara 300 hingga 500 orang sehari di samping menempatkan pegawai perubatan secara tetap bagi memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

“Kemudahan lain adalah ruang letak kenderaan yang lebih luas, selain kemudahan lif serta kuarters bagi pegawai dan kakitangan klinik tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjug Piai, di Pekan Nanas semalam.

Pembinaan KK3 Pekan Nanas telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai pada tahun 2011 ketika melawat tapak tersebut di Jalan Sawah, Pekan Nanas.

Cadangan asal pembinaan KK3 Pekan Nanas adalah di Kilometer 41.6 (Batu 26), Jalan Pontian-Johor Bahru namun dibatalkan sebelum tapak baru dikenal pasti melalui proses pengambilan balik tanah.

Menurut Jeck Seng, permintaan penduduk Pekan Nanas yang kini semakin bertambah sentiasa dipenuhi kerana bukan sahaja digunakan oleh masyarakat tempatan tetapi pekerja asing yang berkerja di sini.

“Bilangan pesakit di Klinik Kesihatan Pekan Nanas pada tahun 2009 sebanyak 31,957 orang dan meningkat kepada 39,445 orang pada tahun 2010. Jumlah tersebut tentunya telah bertambah pada empat tahun kebelakangan ini.

“Sebuah Klinik Rakyat 1 Malaysia juga telah dibuka di Kampung Sri Menanti bagi memberikan kemudahan kepada penduduk kampung-kampung berdekatan mendapatkan rawatan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.