saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 05/10/2014

Unit Paliatif Pediatrik bantu kanak-kanak istimewa di Batu Pahat

KAKITANGAN PPC Klinik Kesihatan Batu Pahat mengadakan perbincangan dengan ibu bapa mengenai cara terbaik menjaga anak-anak satu program khas di Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.

BATU PAHAT 4 Okt. - Unit Penjagaan Paliatif Pediatrik (PPC) Klinik Kesihatan Batu Pahat di sini komited untuk terus membantu ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa yang menghidap pelbagai penyakit berisiko agar tidak mudah menyerah kalah.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Noorhaida Ujang berkata, PPC yang dianggotai oleh pelbagai kakitangan dalam disiplin kesihatan merupakan unit yang bertanggungjawab untuk membantu ibu bapa dalam sesi kaunseling dan sebagainya.

“Kebiasaannya mereka (anak-anak) yang dirawat di PPC tidak mencapai umur dewasa dan oleh kerana itu ibu bapa pesakit atau penjaga diberi kata-kata semangat melalui konsep penjagaan paliatif dalam sesi kaunseling yang dijalankan.

“Perkara itu penting sebagai sokongan awal supaya pesakit dan keluarga dapat mengekalkan harapan untuk sembuh tetapi pada masa sama bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya ketika ditemui dalam satu program khas bersama ibu bapa dan kanak-kanak istimewa di sini baru-baru ini.

Menurut Noorhaida, selain doktor dan jururawat, PPC turut dianggotai oleh ahli fisioterapi, ahli terapi, pakar pemakanan, ahli psikologi, kaunselor dan sukarelawan yang bersama-sama untuk membantu ibu bapa.

Kata beliau lagi, pihaknya turut mengadakan pelbagai program termasuk hari keluarga yang secara tidak langsung mampu menggembirakan pesakit dan ibu bapa.

“Malah, menerusi program itu, ibu bapa juga berpeluang untuk berkongsi pengalaman atau bertukar pandangan antara satu sama lain mengenai penjagaan anak-anak mereka yang menghidap penyakit tertentu," katanya.

Tambah Noorhaida, terdapat 15 daripada 31 pesakit masih aktif mendapatkan khidmat di PPC sehingga kini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.