saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 09/10/2014

Bajet 2015: Utamakan perkara asas

HAHASRIN HASHIM

JOHOR BAHRU 8 Okt. - Kerajaan diminta mendahulukan perkara asas untuk rakyat dalam usaha mencari penyelesaian terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat dalam pembentangan Bajet 2015, Jumaat ini.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata, perkara membabitkan kebajikan golongan miskin, rumah mampu milik,kemudahan pengangkutan dan masalah kenaikan harga barang adalah penting untuk ditangani.

Pada masa sama, kerajaan juga disarankan supaya merancang dan melaksanakan pelbagai aspek pembangunan usahawan khususnya industri mikro, kecil dan sederhana bagi merancakkan lagi ekonomi.

"Kita berharap kerajaan dapat menyediakan program sosial yang komprehensif dan penyediaan akses kepada kesihatan, pendidikan dan pekerjaan adalah satu alternatif lain yang perlu dipertimbangkan bagi menangani permasalahan itu.

"Pemuda UMNO berharap penyelesaian kepada kos sara hidup yang semakin meningkat akan diberi tumpuan terutamanya membabitkan golongan yang memerlukan," katanya dalam ke

nyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Pemuda UMNO negeri sentiasa menyokong kerajaan dan bersetuju dengan dasar rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, namun pelan rasionalisasi itu seharusnya selaras dengan apa jua perancangan kerajaan.

Menurutnya, penyelasaran itu penting dalam memberikan pilihan kepada rakyat supaya tidak terbeban dengan pengurusan subsidi yang dilakukan seperti menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik.

Sebagai contoh, katanya, jika pelan pengangkutan awam memerlukan 10 tahun untuk dilaksanakan, maka rasionalisasi penarikan subsidi minyak petrol juga memerlukan tempoh yang sama sebelum dikurangkan sepenuhnya.

"Pemuda UMNO Johor juga berharap supaya cadangan pengurangan cukai tertentu bagi golongan yang terkesan dan penyelarasan dasar rasionalisasi penarikan subsidi dengan pembangunan serta menaik taraf kemudahan pengangkutan awam diteliti dan diperhalusi semula dalam pembentangan bajet nanti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.