saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 09/10/2014

Fokus usaha naik taraf infrastruktur

KOTA TINGGI 8 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang berharap Bajet 2015 yang akan dibentangkan Jumaat ini dapat menyatakan secara khusus kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik dalam diberi penambahbaikan bagi mengurangkan purata masa gangguan terutamanya di kawasan Pengerang di sini.

Ketuanya, Mohamad Amin Hamidon berharap peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur tersebut dapat diberi jumlah le-bih besar, khususnya di kawasan melibatkan pembangunan projek mega.

Menurutnya, di kawasan Pengerang kini sering berlaku gangguan belakan air bersih dan elektrik sehingga menyukarkan aktiviti harian penduduk.

"Oleh itu, kami berharap pembentangan bajet kali ini memberi khabar gembira buat rakyat di sini," katanya ditemui dalam Program Korban Pemuda UMNO Pengerang dan SRCC Pengerang di Kampung Felda Air Tawar 4 di sini kelmarin.

Sebanyak dua ekor lembu disembelih dalam majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha yang dilaksanakan di Kampung Felda Air Tawar 4 dan Kampung Pengerang di sini.

Daging korban tersebut kemudian diagihkan kepada fakir miskin dan penduduk di kedua-dua kampung berkenaan.

Mohamad Amin berkata, program itu dapat mengukuhkan ukhuwah dan kerjasama antara penduduk serta bersama-sama menghayati erti pengorbanan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.