saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 09/10/2014

Sambutan Aidiladha Masjid As-Sobirin meriah

JOHOR BAHRU 8 Okt. - Pelbagai program dijalankan oleh Masjid As-Sobirin, Taman Daya di sini bagi mengimarahkan Hari Raya Aidiladha yang disambut baru-baru ini.

Pengerusi masjid, Nordin Mohd. Noor berkata, selesai mengerjakan solat sunat Aidiladha, penduduk secara bergotong-royong menyembelih ternakan korban di pekarangan masjid berkenaan.

"Sambutan untuk ibadah korban pada tahun ini sangat menggalakkan apabila disertai seramai 55 penduduk setempat.

"Sebanyak 22 kambing biri-biri dan lima ekor lembu disembelih pada kali ini dengan semua kerja dijalankan secara bergotong-royong," katanya.

Nordin berkata, selesai kerja-kerja melapah dan membahagikan daging korban, penduduk memasak daging tersebut untuk majlis doa selamat yang diadakan pada sebelah malam.

"Antara tujuan doa selamat tersebut diadakan adalah bagi mendoakan anak-anak jemaah masjid berkenaan yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

"Kita berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja dapat mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidil

adha, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.