saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 10/10/2014

Empat strategi perangi denggi

AYUB Rahmat (dua dari kanan) memakaikan jaket kepada Ahmad Ma'in sebagai gimik pelancaran pasukan Combi Segamat pada Majlis Pelancaran Combi Daerah Segamat di Segamat, Johor, kelmarin. - UTUSAN/MOHAMED SAARI

SEGAMAT 9 Okt. - Penularan wabak denggi di negeri ini boleh ditangani sekiranya empat pendekatan memerangi nyamuk aedes iaitu secara besar-besaran, bersungguh-sungguh, berulang-kali dan berterusan dapat dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pendekatan tersebut perlu dilaksanakan termasuk usaha meningkatkan kesedaran tentang peranan, tanggungjawab dan penglibatan komuniti dalam pencegahan demam denggi dan nyamuk aedes di negeri ini.

"Sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 1,000 lagi keahlian Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) dalam tempoh terdekat bagi membantu mengawasi dan menangani penularan wabak denggi di negeri ini.

"Setakat ini hanya terdapat kira-kira 400 ahli Combi di seluruh negeri dan usaha untuk menambah keahlian adalah penting bagi memastikan kejayaan dan kesinambungan program ini memandangkan terdapatnya faktor kekangan dalam komuniti seperti tumpuan, pemilihan, tanggapan dan pengekalan," katanya semasa merasmikan program Taklimat Penubuhan Combi Daerah Segamat kepada pemimpin masyarakat di Dewan Jubli Intan di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim; ADUN Buloh Kasap, Norshida Ibrahim; Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma'in dan Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Dr. Mokhtar Ahmad.

Ayub berkata, sepanjang tempoh 40 minggu tahun ini, Johor mencatatkan peningkatan sebanyak 44 peratus iaitu sejumlah 4,431 kes denggi dengan 19 kematian menyaksikan peningkatan sebanyak lapan kes atau 73 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Beliau meminta semua penduduk negeri ini meluangkan masa 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan kawasan yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes sama ada di dalam mahupun luar rumah masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.