saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 10/10/2014

Bank Rakyat sumbang van jenazah

Yazid Mohd. Nor (kanan) menerima replika kunci van jenazah sambil diperhatikan oleh Azman Abdul Aziz (kiri) dan Norshida Ibrahim (dua dari kanan) di Surau Al-Azim, Taman Suria di Segamat, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/MOHAMED SAARI

SEGAMAT 9 Okt. - Penduduk Taman Suria, Buloh Kasap dekat sini serta kawasan sekitar boleh menarik nafas lega kerana masalah yang dihadapi untuk menguruskan jenazah setiap kali berlaku kematian kerana ketiadaan van jenazah berakhir apabila menerima sumbangan van jenazah daripada Bank Rakyat.

Pengerusi Surau Al-Azim, Yazid Mohd. Nor berkata, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta jawatankuasa surau tersebut telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan van jenazah kepada Bank Rakyat pada 14 Disember tahun lalu.

"Alhamdulillah selepas lebih 10 bulan kami menunggu, akhirnya penantian untuk memiliki sebuah van jenazah baharu tercapai pada hari ini dan kami telah dimaklumkan permohonan itu telah diluluskan pada 30 September lalu.

"Van jenazah itu diserahkan secara rasmi hari ini dan kami telah diamanahkan sebagai pentadbir dan van ini boleh digunakan oleh semua," katanya di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim; Ketua Wilayah 4 Bank Rakyat Selatan (Johor dan Melaka), Azman Abdul Aziz; Pengurus Cawangan Bank Rakyat Segamat, Arizwan Adam dan wakil Pejabat Agama Segamat, Faiz Abidin.

Yazid berkata, van jenazah jenis Kia Pregio berharga hampir RM80,000 itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk Taman Suria, malah memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitar sehingga ke Kampung Bakar Batu dan Kuala Paya.

Sebelum ini penduduk di kawasan tersebut terpaksa menyewa dan menggunakan perkhidmatan van jenazah dari Masjid Jamek Segamat dan Segamat Baru jika berlaku kematian.

Sementara itu, Norshida meminta ahli jawatankuasa surau tersebut menjaga dan menggunakan kemudahan itu sebaik mungkin untuk kemudahan ahli kariah dan penduduk sekitar.

"Saya difahamkankan permohonan surau ini telah diproses dengan cepat dan ini membuktikan Bank Rakyat amat peka dengan kehendak dan kebajikan rakyat dan sewajarnya van ini dijaga dengan cermat.

"Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap sahaja terdapat 14 masjid dan lapan surau dengan jumlah penduduk kira-kira 14,000 orang. Penduduk taman ini seharusnya berbangga kerana telah terpilih untuk menerima sumbangan van ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.