saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 12/10/2014

Waspada ancaman Islam liberal

SAHARUDDIN Md. Salleh (dua dari kiri) menyampaikan senaskhah kitab al-Quran kepada peserta semasa Program Membara Doa Anak Soleh di Pagoh, Muar, Johor, kelmarin

PAGOH 11 Okt. - Generasi muda perlu sedar dengan pemikiran Islam liberal yang cuba diserapkan dalam minda mereka terutama melalui perjuangan hak kebebasan dan hak asasi manusia yang natijahnya boleh menggugat pegangan akidah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Saharuddin Md. Salleh berkata, fahaman pemikiran dari Barat itu cuba dikembangkan secara proaktif akhir-akhir ini malah dilihat semakin diterima tanpa disedari ancamannya yang sangat berbahaya.

"Falsafah pemikiran barat melalui liberalisme selain sekularisme dan pluralisme adalah ancaman dan fitnah zaman ini yang jauh lebih bahaya dalam memesongkan akidah serta tauhid umat Islam. Bukan sahaja pemikiran sesat tetapi juga memecah belah umat.

"Fahaman liberalisme adalah senjata musuh untuk menghancurkan Islam. Sekarang kita boleh lihat ia meresap dalam politik, sosial, budaya, ekonomi dan agama," kata­nya ditemui selepas merasmikan Program Membara Doa Anak Soleh di Surau As-Saadah di Kampung Jayor, di sini semalam.

Yang turut hadir dalam program anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pagoh ialah Ketua Puteri UMNO Johor, Rohaizah Ahmad.

Program yang dihadiri kira-kira 100 penduduk setempat turut menyaksikan pertan­dingan seni khat Islam, ceramah agama dan majlis tahlil dan akan diteruskan di empat zon dalam Parlimen Pagoh termasuk di perkampungan Orang Asli sepanjang bulan ini.

Menurut Saharuddin, pelbagai pihak membantah penganjuran program 'Diskusi Meja Bulat: Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini' di ibu negara pada 18 Oktober ini kerana didakwa membawa fahaman liberalisme dan pluralisme yang bertentangan dengan Islam.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, fahaman tersebut ketika ini diterima segelintir orang Islam contohnya menghalalkan perkahwinan sejenis kononnya bertujuan mengelakkan kehamilan dan mengawal kadar kelahiran.

"Aliran pemikiran sedemikian ini perlu disekat dan umat agama Islam perlu mempunyai jati diri dan pengetahuan ilmu agama dalam membezakannya agar tidak terkeliru atau terjebak dengan kefahaman atau ideologi yang seakan berunsur Islam tetapi sebenarnya bukan Islam," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.