saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 12/10/2014

Tarif air naik sedarkan pengguna supaya berjimat

JOHOR BAHRU 11 Okt. - Persatuan Kebajikan Pengguna Johor (JCWA) menyambut baik langkah kerajaan menaikkan tarif air di negeri ini dan menganggapnya sebagai didikan untuk menyedarkan pengguna agar mengamalkan langkah penjimatan.

Yang Dipertuanya, Mohamed A. Jalal berkata, kenaikan berkenaan dilihat sebagai langkah wajar sejajar dengan peningkatan kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung Syarikat Air Johor (SAJ) untuk menyalurkan bekalan air bersih berkualiti.

"Pengguna seharusnya menerima kenaikan berkenaan dengan terbuka kerana ia bertujuan bagi penambahbaikan perkhidmatan bekalan air dan menanggung kos penyelenggaraan yang semakin meningkat.

"Ini juga sebagai pengajaran moral kepada pengguna agar mengamalkan penggunaan air secara berhemah dan tidak membazir," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Selain itu, kata Mohamed, penggunaan air oleh rakyat negeri ini didapati terlalu tinggi iaitu sebanyak 210 liter sehari bagi setiap individu berbanding 160 liter yang digunakan rakyat Singapura setiap hari.

Dalam pada itu, Mohamed berkata, pengguna boleh menggunakan pelbagai saluran termasuk mengemukakan maklumat kepada JCWA sekiranya terdapat penyelewengan sumber air atau terdapat pengusaha mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

"Pengguna perlu memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada agensi yang berkenaan agar penguatkuasaan dapat diambil.

"Di samping itu kerajaan juga diminta menjalankan kajian dengan lebih teliti mengenai kenaikan tarif air ini agar mendapat penerimaan baik daripada semua pihak," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.