saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 13/10/2014

Pusat Persuratan Melayu Nusantara

MOHAMED Khaled Nordin menerima cenderamata daripada Awang Sariyan (dua dari kanan) dalam Seminar Kebangsaan Persuratan Melayu Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 12 Okt. - Johor dicadangkan sebagai Pusat Persuratan Melayu Nusantara dalam usaha memelihara dan memastikan persuratan Melayu terus berkembang dengan bantuan wilayah lain seperti Kepulauan Riau dan Singapura sebagai sekretariat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi memastikan pusat persuratan tersebut benar-benar menjalankan fungsinya, sebuah forum khusus yang dianggotai wilayah-wilayah itu perlu diadakan.

"Saya cadangkan nama sebagai Forum Selatan iaitu medan bagi membincangkan hala tuju persuratan Melayu nusantara dan pemerkasaannya. Cadangan penubuhan pusat persuratan dan forum khusus ini bukan bermakna untuk menyaingi mana-mana badan atau agensi yang telah ditubuhkan.

"Akan tetapi, pusat ini nanti lebih ke arah menggerakkan budaya Melayu dan pemikir Melayu melalui tulisan," katanya ketika berucap dalam Seminar Kebangsaan Persuratan Melayu Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Zulkurnain Kamisan; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Awang Sariyan; Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dan Ketua 1 Persatuan Penulis Johor (PPJ), Md. Ali Hanafiah.

Yang hadir sama wakil-wakil dari Kepulauan Riau dan Singapura.

Menurut Mohamed Khaled, Johor pernah melaksanakan program Dialog Selatan pada tahun 1992 melibatkan Johor, Riau dan Singapura atau disebut SIJORI, namun perubahan perlu dilakukan dengan wujudkan Kepulauan Riau sebagai wilayah baharu.

Tambah beliau, Johor dahulu mempunyai Pakatan Bahasa Melayu Diraja Johor yang aktif menggerakkan persuratan Melayu dan turut memperjuangkan tulisan jawi dengan menerbitkan buku Panduan Bagi Ejaan P.Bm.P.B. Diraja Johor pada tahun 1937.

"Walaupun pakatan ini telah tiada, kita mahu perjuangan dan semangat gerakan ini diteruskan oleh PPJ yang diasaskan pada 1965.

PPJ perlu berani meneroka ruang yang lebih besar agar menjadi sebuah gerakan rakyat dalam memastikan persuratan Melayu terus subur," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri telah meningkatkan geran peruntukan daripada RM20,000 kepada RM50,000 untuk PPJ sejak tahun lepas

"Ini adalah untuk menggalakkan PPJ terus bergerak aktif dalam hal-hal penulisan dan menjadi jentera pemerkasaan bahasa Melayu,'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.