saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 13/10/2014

Bajet 2015: Beri faedah besar kepada rakyat

JOHOR BAHRU 12 Okt. - Biarpun Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak banyak memberi peruntukan kepada Johor seperti sebelum ini, tetapi dilihat tetap memberi faedah besar kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bajet yang dibentangkan di Parlimen Jumaat lalu merupakan yang terakhir bagi Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) dan lebih menumpukan kepada kesinambungan projek-projek sebelum ini.

"Biarpun begitu, kerajaan negeri tetap optimis untuk terus memacu pembangunan Johor ke arah lebih baik di masa akan datang.

Mungkin setiap negeri adalah berbeza tahap kemajuan ekonomi, maka manfaat yang didapati daripada bajet juga berbeza.

"Misalnya beberapa tahun dulu Johor dapat banyak peruntukan untuk tingkatkan tahap infrastruktur jalan dan sebagainya dan dengan itu, kita sedikit-sebanyak dapat pertambahan pelaburan oleh pelabur," katanya ketika diminta mengulas tentang Bajet 2015 di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia Johor bersama-sama kepimpinan kerajaan negeri.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday dan Pengarah Pendidikan negeri, Aminuddin Adam.

Dalam pembentangan Bajet 2015, Johor menerima peruntukan untuk membina sekolah amanah dan sebuah klinik gigi di Kluang, selain beberapa insentif lain.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, Johor akan membangunkan hab pendidikan teknikal dan vokasional Bandar Tenggara dekat sini sebagai salah satu usaha untuk melahirkan lebih ramai golongan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang diperlukan negara.

Katanya, institusi berkenaan akan dibina di atas tanah seluas 40 hektar bermula tahun depan dengan kos pembinaan sebanyak RM220 juta.

Beliau berkata, antara bidang yang menjadi perhatian bagi merealisasikan penubuhan institusi berkenaan adalah minyak dan gas, hospitaliti dan kejuruteraan.

"Perkara ini memang ada dalam perancangan kerajaan negeri. Kita memang ingin mewujudkan hab institusi kemahiran dan dalam dua tiga tahun akan mula beroperasi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.