saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 13/10/2014

Amalan kebersihan bermula di rumah

JOHOR BAHRU 12 Okt. - Setiap masyarakat perlu memikul tanggungjawab dan memainkan peranan bagi memastikan tahap kebersihan kawasan sekitar, khususnya bandar raya berada pada tahap terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, amalan itu perlu diterap dalam diri individu dan harus bermula di kediaman sendiri sebelum diperluas ke kawasan lain.

Katanya, setiap hari rakyat Malaysia membuang sisa makanan dalam jumlah yang besar dan kebanyakannya tidak diuruskan dengan betul.

"Sisa buangan makanan rakyat Malaysia mencecah sehingga 8,000 tan sehari. Itu baru sisa makanan sahaja, belum dikira dengan sampah-sarap lain.

"Sekiranya rakyat negara ini mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih dan maju, amalan murni harus dimulakan dalam diri dan di rumah sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis Taklimat Motivasi Pegawai Operasi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), yang melibatkan 100 anggota seluruh Johor, bertempat di Hotel Seri Malaysia di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim; Pengarah PPSPPA Johor, Asri Amat serta Pengarah Bahagian Sisa Domestik dan Pembersihan Awam PPSPPA, Ir. Zulkifli Tamby Chik.

Tambah Ab. Rahim, setiap pihak berkuasa tempatan harus menjadikan daerah Palembang di Indonesia sebagai contoh kerana berjaya mengubah persekitarannya ke arah lebih baik.

"Sebelum ini Palembang merupakan antara daerah yang kotor di Indonesia, namun situasi itu telah berubah iaitu atas kerjasama dijalankan pihak berkuasa tempatan dan penduduk sekitar, Palembang kini merupakan antara daerah paling bersih di negara itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.