saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 13/10/2014

IPD Kulaijaya tubuh Unit Kereta Peronda Wanita

TIGA anggota Unit Kereta Peronda Wanita bersiap sedia memulakan tugas meronda di Kulaijaya, Johor Bahru, baru-baru ini.

KULAIJAYA 12 Okt. - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya menubuhkan Unit Kereta Peronda Wanita yang dipercayai pertama kali diwujudkan dalam kontinjen Johor.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohad Idris Samsuri berkata, sebanyak tiga anggota wanita dari IPD berkenaan telah melakukan penugasan bermula hari ini, selain 15 anggota lagi akan diberi latihan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, pasukan berkenaan akan mengadakan rondaan mengikut syif pada waktu siang, bermula pukul 6 pagi hingga 6 petang dengan memberi fokus kepada laluan Johor Bahru-Ayer Hitam dan Senai-Kelapa Sawit serta laluan utama lain.

"Pasukan berkenaan tidak terkecuali melakukan rondaan dengan bergerak di merata-rata tempat.

"Mereka juga akan memberikan bantuan pada setiap masa ketika diperlukan orang ramai, mencegah jenayah, mengawal lalu lintas, selain membantu dalam kes-kes kecemasan terutamanya melibatkan golongan wanita," katanya selepas memperkenal unit berkenaan di sini baru-baru ini.

Mohad Idris berkata, anggota terlibat yang dipilih terdiri daripada petugas berpengalaman dan memiliki kemahiran pemanduan yang baik.

"Bagi anggota baharu yang bakal diserapkan, mereka akan dilatih dalam semua aspek diperlukan oleh petugas peronda. Latihan yang diberikan adalah kemahiran pemanduan, pengenalan kawasan bagi laluan zon rondaan dan pelbagai situasi jika berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.