saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 14/10/2014

Perhebatkan golongan usahawan

SEBAHAGIAN daripada peserta yang mengambil bahagian kursus di dalam Program Kursus Pembangunan Produk dan Pemasaran Industri Asas Tani di Dewan Seminar RTC Kulaijaya semalam. - Utusan/Baazlan Ibrahim

KULAIJAYA 13 Okt. - Kerajaan negeri komited untuk memperhebatkan golongan usahawan dalam bidang industri asas tani sekali gus mampu bersaing dengan produk lain baik di dalam negeri dan luar negara.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Suhaimi Salleh berkata, kerajaan negeri menjadikan agenda tersebut sebagai satu fokus untuk mempertingkatkan perniagaan mereka.

Menurutnya, dalam menjayakan usaha tersebut, pelbagai program dan aktiviti digerakkan agensi terlibat termasuk menganjurkan kursus pembangunan produk dan pemasaran industri asas tani.

"Seperti kursus yang dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) hari ini yang dilihat mampu membantu usahawan kita menambahbaik lagi perniagaan mereka di masa akan datang.

"Kita berharap lebih banyak program bagi membantu usahawan dapat dianjurkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pembangunan produk dan pemasaran industri asas tani di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah Wilayah Selatan LPNM, Norina Ratman.

Sementara itu, Norina berkata, seramai 60 peserta terdiri daripada usahawan asas tani menyertai kursus sehari anjuran LPNM yang dianjurkan dalam usaha membantu usahawan asas tani memperluaskan perniagaan mereka.

Tambahnya, antara objektif kursus itu adalah untuk menjelaskan strategi usahawan bagi mencari dan membangunkan idea produk baharu dan menerangkan strategi pemasaran yang sesuai dengan tahap kitaran hayat produk.

"Selain itu, kurus tersebut turut meliputi cabaran-cabaran pemasaran pada masa kini dan memberi penerangan serta membuat perbandingan mengenai konsep pemasaran sedia ada serta cara menanganinya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.