saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 14/10/2014

Premis hiburan tanpa lesen di Plaza Kota Tinggi diserbu

KOTA TINGGI 13 Okt. - Sebuah premis hiburan keluarga di pusat membeli-belah Plaza Kota Tinggi di sini, digempur pihak berkuasa berikutan aduan berhubung kegiatan perniagaan tanpa lesen.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman berkata, premis di tingkat satu itu masih meneruskan perniagaan walaupun permitnya telah tamat pada 30 September lalu.

"Operasi bersepadu pusat hiburan awam bersama 26 pegawai dan anggota penguatkuasa dari Pejabat Daerah, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu diketuai Setiausaha Majlis Keselamatan Daerah, Zairul Adilla Zani.

"Sebelum ini pihak pentadbiran turut mengingatkan perkara itu kepada pengusaha yang menyewa lot tersebut dan pejabat daerah tidak menyambung atau menyokong permohonan baharu lesen pusat hiburan keluarga di situ," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mohd Noorazam, dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 petang itu, sejumlah 51 buah perkakas komputer pelbagai jenama telah disita mengikut Seksyen 23 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Katanya, pemeriksaan mendapati lebih 40 pelanggan dewasa termasuk wanita sedang leka bermain mesin terbabit di premis itu dan dua buah lori MDKT digunakan untuk mengangkut barangan yang dirampas.

Pada 1 Oktober lalu, kata Mohd. Noorazman, dua premis termasuk lot parkir kenderaan tingkat bawah di Plaza Heritage Mall telah digempur dan ditutup setelah satu operasi bersepadu dijalankan terhadap kegiatan pusat hiburan keluarga tidak berlesen.

Tambahnya, kedua-dua pusat hiburan keluarga itu terletak pada jarak kira-kira 300 meter dimana penama lesen tersebut dinaungi oleh individu yang sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.