saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 14/10/2014

Dataran Penggaram bakal dinaik taraf

BATU PAHAT 13 Okt. - Dataran Penggaram yang menjadi tumpuan ramai pada setiap hujung minggu di daerah ini bakal berwajah baharu apabila Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) akan menaik taraf lokasi tersebut.

Yang Dipertua MPBP, Mahadon Marnin berkata, dataran yang menjadi identiti Batu Pahat itu kini dalam proses penyediaan pelan dan rekaan yang bersesuaian sebelum kerja-kerja naik taraf dimulakan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Menurutnya, antara yang menjadi tumpuan untuk dinaik taraf adalah pentas utama yang akan dilebarkan saiznya termasuk memasang bumbung kekal bagi memudahkan sebarang aktiviti dilaksanakan.

"Selain itu, kami turut memikirkan untuk mengubah suai kolam berdekatan replika Batu Pahat kerana ketika ini orang ramai suka membuang sampah ke dalam kolam tersebut.

"Kos keseluruhan projek naik taraf itu dijangka mencecah RM500,000 termasuk mengindahkan kawasan sekitar dengan hiasan yang sesuai," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Mahadon, jumlah penduduk yang kini mencecah 600,000 orang memerlukan Dataran Penggaram dinaik taraf segera kerana masyarakat sekitar turut berkunjung ke lokasi itu untuk beriadah.

"Disebabkan lokasi ini sentiasa menjadi tumpuan, kami turut merancang pelbagai aktiviti mingguan yang akan diadakan seperti persembahan nyanyian berkumpulan, tarian zapin, persembahan masyarakat India dan Cina selain sambutan perayaan.

"MPBP berharap projek menaik taraf itu mampu mengubah suasana Dataran Penggaram menjadi sebuah lokasi yang menarik untuk dikunjungi tanpa mengira lapisan masyarakat," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.